:
PROGRAM KHAS TAHFIZ MANDARIN
Share:


Program Khas Tahfiz Mandarin telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang sebagai perintis pelaksanaan Program Tahfiz Mandarin dan telah mengembangkan pelaksanaannya ke lima buah Sekolah Menengah Imtiaz yang lain iaitu di Besut, Dungun, Kuala Berang, Kuala Terengganu dan Kuala berang bermula pada tahun 2021. Program ini ditawarkan kepada pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh daerah di negeri Terengganu atau telah mempunyai asas Bahasa Cina semasa sekolah rendah.

Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi kelas Program Khas Tahfiz Mandarin adalah diperuntukan sebanyak empat masa seminggu iaitu dua jam jumlah masa mengajar menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).